Thursday, January 29, 2009

Krisis Ekonomi

Kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan bahawa 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 1 Januari 2009 (Utusan Malaysia, 28 Januari 2009) amat membimbangkan. Beliau menjangkakan lebih banyak pekerja akan hilang pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama yang bergiat dalam sektor pembuatan, menghadapi masalah untuk terus beroperasi. Beliau menyifatkan kemelesetan ekonomi kali ini lebih teruk berbanding yang berlaku pada 1997 kerana ia bersifat lebih menyeluruh dan melibatkan sebahagian besar dunia. MEF percaya keadaan ekonomi sedia ada akan mengambil masa satu hingga dua tahun untuk kembali pulih.
Beliau menjelaskan bahawa pada masa ini, Kerajaan perlu membantu perniagaan dan rakyat Malaysia yang menganggur dalam menghadapi keadaan yang amat getir. Sejajar dengan itu, beliau mengesyorkan Kerajaan mengambil langkah berikut sebagai tindakan jangka panjang bagi memulihkan keadaan iaitu:
1). Menghantar pulang semua pendatang asing tanpa izin ke negara asal,
2). Menggantikan pekerja asing dengan rakyat Malaysia secara berperingkat;
3). Membekukan pengambilan pekerja asing'
4). Memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia untuk diambil bekerja.

No comments: